Kerjaya politik Talaat_Pasha

Setelah meletusnya Revolusi Turki Muda pada tahun 1908, dia dilantik sebagai wakil Edirne dalam Perhimpunan Agung Uthmaniyah. Beliau dilantik sebagai Menteri atau Wazir dalam negeri kerajaan tersebut pada Julai 1909. Beliau kemudiannya menjadi setiausaha agung Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan pada tahun 1912.

Berikutan pembunuhan wazir agung kerajaan, Mahmud Şevket Pasha, pada Julai 1913, Talaat Pasha sekali mlagi menjadi menteri dalam negeri kerajaan itu. Dia bersama Enver Pasha dan Djemal Pasha, mewujudkan suatu pemerintahan bersama langsung yang memerintah Empayar Uthmaniyah sehingga berakhirnya Perang Dunia Pertama pada bulan Oktober 1918.